Carrot Cupcakes with Lemon Cream Cheese
Frosting
Bahan-bahan (for 12 10-inch cupcakes):
Bahan-bahan (for 12 10-inch cupcakes):
2/3 cawan minyak masak atau minyak sayuran
2 biji telur
60g gula kastor
60g gula perang
50g kacang walnut -
disangai (actually takda specific measurement, kalau suka lebih bulih bubuh
lebih, no extra charge hehe)
1 cawan carrot -
disagat
125 gm tepung gandum -
diayak
1/4 sudu teh baking
powder - diayak
1/4 sudu teh soda
bicarb - diayak
1/4 sudu kecil garam
Optional:
Sedikit serbuk kulit
kayu manis
Sedikit serbuk buah
pelaga
1. Preheat / panaskan
ketuhar pada 175C selama 10 minit.
2. Masukkan tepung
gandum, baking powder, garam dan soda bicarb (dan juga serbuk kayu manis dan
buah pelaga jika menggunakan), ke dalam sebuah mangkuk dan gaul rata.
3. Di dalam mangkuk
berasingan, pukul telur pada kelajuan sederhana sehingga betul-betul gebu,
kembang dan kuning pucat. The eggs should at least double up in volume and
sangat fluffy.
4. Masukkan minyak,
gula kastor dan gula perang ke dalam telur tadi dan teruskan memukul sehingga
sebati dan gula agak hancur. Masukkan carrot dan kacang walnut. Pukul sebati.
5. Masukkan campuran
tepung gandum, baking powder dan soda bicarb tadi ke dalam campuran telur,
minyak dan gula di dalam 3 peringkat. (Masukkan tepung, kaup balik perlahan
dengan spatula. Masukkan tepung, kaup balik perlahan dengan spatula. Masukkan
tepung, kaup balik perlahan dengan spatula). Kaup balik hanya untuk mengadun
sehingga bergabung (just to combine)..pastikan tidak overmix ya! Nanti kental
keknya
6. Masukkan ke dalam
cawan cupcake dan bakar selama 20 minit atau sehingga tiada crumbs yang melekat
pada lidi yang dicucuk ditengah-tengah cupcake. Keluarkan dan biarkan pada suhu
bilik sehingga betul-betul sejuk, baru difrosting.
7. Untuk frosting,
Izyan hanya pukul cream cheese bersama gula icing dan jus lemon. Izyan tak ada
sukatan yang fix sebab selalu ikut selera pada waktu tu...bila crave something
yang masam, izyan akan lebihkan jus lemon dan kurangkan gula. Jika kurang
pasti, pukul dulu cream cheese sehingga sedikit kembang dan masukkan gula
sedikit demi sedikit sehingga mencapai rasa manis yang anda ingini. Tambahkan
jus lemon sedikit demi sedikit (half a lemon would be more than enough). Jus
lemon dah cukup untuk mencairkan cream cheese, oleh itu Izyan tak tambah butter
kalau mahukan frosting yang cair
Kenapa cupcakes? Sebab
laju sikit nak bakar, 20 mins dah siap..kalau kek agak lama, tak larat bil api!
Hihihi lagipun kalau cupcakes memang cepat je habis with the little ones kan
:))
No comments:
Post a Comment