Setiap manusia yang dijadikan oleh Allah S.W.T mempunyai perasaan dan akal fikiran....Tetapi sejauh mana akal fikiran dapat mengawal perasaan.
Setiap manusia sentiasa impikan menjadi yang terbaik untuk hidup dimuka bumi ini. Tapi bagai mana seseorang itu mencapai kejayaan yang terbaik terpulang dengan matlamat hidup masing-masing.
Emmm....Jangan impikan selalu yang terbaik kerana bila kita gagal untuk mencapai sesuatu yang terbaik kita akan rasa hampa dan kecewa. tak salah berimpi tapi mesti bertawakal dan redha dengan apa pun yang bakal terjadi.
Keseimbangan dalam hidup adalah perlu...sejauh mana keseimbangan yang kita perlu adalah bergantung kepada diri kita. Jangan terlalu ego dengan apa yang kita ada tapi cuba selami dan memahami apa yang orang sekelilingi kita rasa.
Hidup kita tidak sempurna kerana kita adalah manusia...walaubagaimanapun kita adalah makhluk yang paling sempurna yang dijadikan oleh Allah S.W.T
Orang selalu berkata...Jangan jadi lalang...kerana seperti tiada pendirian ...tapi sekurangnya lalang ada matlamat...kerana akarnya masih tertanam di bumi. Cuma jangan jadi bunga lalang..dahlah menumpang adakala terbang dibawa angin lalu seperti tiada pegangan.
Allah maha adil..apa yang dicipta semua bersebab...kenapa dan mengapa...cuba sebagai hambanya kita mesti terus berfikir...dan berfikir...akhirnya akan berjumpa jua penghujung penyebabnya.
No comments:
Post a Comment