Setiap hari...setiap detik..aku mula menanti....tak terluah dengan dengan perkataan, berputar-putar dibenak hatiku....menghitung hari...menghitung waktu... yang aku sendiri tak tahu bila tiba waktunya...ya ALLAH....selamatkan lah aku...kembalikan semangat yang hilang....aku redha dengan apa ang kau beri kepadaku cuma yang ku pinta....teruskan lah hidupku dengan sebaik mungkin...
Merenung masa depan hendaklah sesekali menoleh ke belakang,kerana sejarah hidup manusia itu sentiasa berulang....
Monday, November 30, 2009
Thursday, November 12, 2009
Pari-pari Sayang
Dania Darwisyah anak angah
Si tembam comel...eeeee geramnya
Angah izzah...kuat melawa....
Set pari-pari nie dibeli oleh nek alang dan cik ziqah dari singapore.....Set pari-pari nie ada 3 untuk izzati,izzah dan Dania...
Seronok tengok mereka bermain dengan kepak pari-pari...seronok sangat.....Dania yang semakin temban..geram tengok dia...Izzah sekarang tak nak dipanggil adik lagi...kene panggil dia angah kerana tak lama lagi nak dapat adik.....agak-agaknya adik angah nie perempuan atau lelaki ye????
Yang penting adik angah nie sihat dan sempurna akal fikiran dan tubuh badan...serta cerdik...lelaki ke perempuan ke tak kisah...amin...
Pari-pari hati ku...
Tersenyum indah menarik hati
Cantik rupa umpama puteri....
Semoga hatimu sentiasa berseri...
Wednesday, November 11, 2009
Monday, October 26, 2009
Semangatku bersama Pengguna Perpustakaan
Pada 24 Oktober bertempat di Perkarangan banggunan PERPUSTAM berlangsung hari bersama pelanggan. Pelbagai aktiviti berlangsung pada hari tersebut...pada hari tersebut hilang seketika segala apa yang bersarang di dalam hati ku ini....
Tak perlu nak cerita panjang sebab...dah ada story bab hari pelanggan nie ...untuk keterangan lanjut pi le...ke blog....
http://azmanhjayup.blogspot.com/2009/10/hari-bersama-pelanggan-perpustam.html
heheheh...bukan malas nak cerita tapi masa hari tu terlalu sibuk memang tak dapat nak cerita satu persatu macam En.Azman cerita....baik ambik satu sumber je....betul tak....
Sehari sebelum hari pelanggan berlangsung pada 23 Oktober aku mendapat satu panggilan dan panggilan itu seperti yang telah aku duga...alangkah sedih hati aku....dan hari ini 26 Oktober 2009 aku pagi-pagi lagi aku dah melihat perkara yang menyedihkan aku...dan aku...perlu tabah dengan dugaan yang Allah berikan kepada diri ini.
Nak mengangis memang dah banyak menangis.....tapi betul orang kata bila umur kita dah meningkat...kita akan mula berfikir dan dapat mengawal segala 1001 rasa perassan....Aku harap aku dan keluargaku sentiasa bahagian dan sihat selalu...
Wednesday, October 21, 2009
Mood Raya 2009
Pada hari raya tahun ini aku sekeluarga beraya di Melaka....terlalu cepat masa berlalu....tup-tup dah habis bulan syawal...Aku nie raya tahun nie tak de mood langsung...rumah kawan-kawan dan jiran pun tak pegi...
Aku harap kawan-kawan tak kecil hati...Tapi kepada kawan-kawan yang sudi datang kerumah aku di Merlimau aku ucapkan terima kasih...tak sangka tahun nie dapat jumpa kawan-kawan sekolah yang dah lama tak jumpa seperti jerry dan suraidah...hampir 12 tahun tak berjumpa....masing-masing aku lihat dari pandangan mata kasar aku semuanya telah berjaya dalam kehidupan masing-masing....yang paling best mereka semua tak berubah masih macam dulu....
kawan-kawan yang datang kerumah aku...aidil, izam sekeluarga, azdy sekeluarga, suraidah sekeluarga, zil dan jai, intan sekeluarga...masa hari mereka datang raya ke empat suami lu bekerja....tapi apa-apa pun "facebook" telah menemukan kami semua...
Sebenarnya ada gambar mereka...tapi aku nie sejak akhir-akhir nie sibuk dengan kerja,tak ada masa nak download gambar....lagi -lagi aku nie sibuk dengan kursus dan sebagainya....nak buat macamana dah kerja kita...kenalah buat heheheh.........
Apa-apa pun...raya tahun nie amat sederhana.......
Hari Bersama Pelanggan PERPUSTAM
DATANGLAH BERAMAI-RAMAI DI PERPUSTAM
HARI BERSAMA PELANGGAN
24 OKTOBER 2009
DI PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM MELAKA
BUKIT BARU
"PELBAGAI ACARA MENARIK MENANTI ANDA"
Adakah itu semua adalah takdir????????
Pejam celi-pejam celik dah nak dekat hujung tahun...Pada tahun ini aku rasa terlalu cepat masa berlalu..begitu juga dengan kehidupanku yang semakin hari terasa semakin sunyi....
Bila ku renung ...pelbagai dugaan dan peristiwa berlaku dalam kehidupanku pada tahun ini ...membuatkan aku terlalu sedih..Adakala aku terfikir adakah apa yang berlaku adalah JALAN YANG DI PILIH atau sudah TAKDIR?...Setiap manusia didalam dunia ini tak lepas dari sentiasa berfikir kenapa sesuatu itu berlaku...begitu juga dengan aku....
Walaupun aku tahu sebagai seorang ISLAM aku perlu REDHA dengan apa yang berlaku... Tapi adakalanya aku tak boleh menipu diri aku yang aku adalah manusia biasa yang banyak kelemahan..dan sentiasa berfikir KENAPA sesuatu itu berlaku.....
tak terluah dengan perkataan apa yang berlaku ...hanya yang aku boleh tulis adalah rasa perasaanku....Cuma apa yang aku harap ...kalau itu TAKDIRNYA..... dalam perjalanankehidupanku...berilah aku yang terbaik untuk aku meneruskan hidup ini..
HANYA SATU........Hidup Perlu Di Teruskan Selagi Penghujung Belum Menjelma...........................





