Wednesday, October 5, 2011

Dengki Kianat...

Sekarang nie aku berada di seri negeri...menuggu mesyuarat yang tetiba pospont...nasib baik hari ini ada bawak galaxy tak lah bosan sangat...nak balik tak boleh..pukul 4 petang nanti ada mesyuarat induk Dunia Melayu Dunia Islamlah pulak...

Aku selalu fikir kenapa dalam dunia ini perasaan dengki kianat terlalu berleluasa dikalangan manusia? Selalunya buat baik macamana pun ada saja manusia yang tidak puas hati dan selalu dengki sesama manusia...ada tu kawan baik pun boleh berdengki..

Memanglah tiada yang pelik didunia ini tapi....semakin hari semakin tiada perasaan belas antara satu sama lain....Masing-masing mahu menunjuk mereka yang terbaik tanpa memikirkan orang lain...sanggup dengki dan kianat pada kawan dan keluarga asalkan apa yang dikehendaki tercapai...

Sedih sungguh dunia zaman sekarang....ada kalanya melaung laungkan agar orang lain adil dan tidak ada pilih kasih dan berat sebelah ....tapi jika dah terkena batang hidung sendiri....masa tu ....pandai menyembunyikan dan pandai cover line.....aku faham tak ada yang puas didunia ini tapi ada kala kita perlu bertimbang rasa kerana....Dunia ini bulat dan kita tak dapat jangka kedudukan kita dimana dan sampai bila....Adakala kuasa mengaburi mata sehingga sanggup dengki kianat pada orang lain dan ada juga yang sanggup dengki kianat untuk mencapai hajat dihati...Aku tahu aku pelakon dipentas dunia tapi aku juga penonton dunia....drama didepan mata ada kala tak sanggup aku lihat....tapi apa nak buat. ?..aku sendiri yang pilik jalan ini..dunia ini terpaksa aku tempuhi biarpun penuh dengki dan kianat.....

Pelakon dunia berdrama...berteater dikelilingku....telingaku penuh dengan halwa... Kata mengata...tak tahu aku dimana nak kulari membawa diri...........

Monday, October 3, 2011

Jodoh...

Setiap makluk yang Allah jadikan adalah berpasang pasangan....cuma kita mesti berusaha dalam mencari pasangan ...walaupun kita tahu jodoh telah ditentukan tapi sebagai manusia kita perlu usaha untuk mendekatkan jodoh itu.....Bila tengok episod akhir Stanza Cinta ..rasa sedih sesangat....

Aku bukannya ikut sangat cerita stanza cinta tapi bila tengok episod akhir nie rasa tersentuhlah pulak naluri aku nie hehehe...Yelah bila pernah kecewa dan kecewa lagi bukan mudah untuk menerima...

Sebenarnya mata aku nie tak boleh lelap....tak tau kenapa...rindu ke? Pada sapa ye....eeee aku nie emosional lah pulak lepas tengok cerita stanza cinta....dalam episod akhir nie aku rasa amat tersentuh bila ada dialog yang menyentuh pasal kematian.....
Sehingga aku berfikir bertuah ke aku kerana aku tahu aku akan pergi ....Allah memberi aku peluang yang besar dalam hidupku... seperti Irfan....?..?? Tapi Irfan... Sempat segalanya.....aku...?....????? Waaaaa tak mau pikir nanti lagi sedih...cuma apa yang aku harapkan aku sempat untuk persediaan diri dan keluargaku sebelum aku pergi...../div>


Friday, September 23, 2011

Jamuan Hari Raya PERPUSTAM 2011





Sepanjang aku berkerja sini hampir 9 tahun ...aku rasa tahun ini adalah tahun yang menyeronokkan jamuan hari raya di PERPUSTAM....Walaupun aku tahu ada yag berduka ....masing-masing akan beralun dengan perasan sendiri....tapi gelagat kakitangan mencuit hatiku untuk berbunga riang......


AKAN DISAMBUNGKEMUDIAN....











Sunday, September 18, 2011

Hadiah Hari Ulang Tahun 2011

Pejam celik....pejam celik dah berumur 34 tahun.....rupanya aku...Terlalu cepat masa berlalu.Tahun ini hari ulang tahunku jatuh pada hari raya ke 7..sepanjang umurku ini tak pernah pun aku diraikan dengan memotong kek ...tapi tahun ini sepupuku disingapore membeli kek untukku...tq Nabila....

Dan yang paling aku tak sangka hadiah dari suamiku hehehehe....yelah aku tak mengharapkan hadiah kerana...al maklumlah dalam suasana hari raya duit pun pakai banyak.......tak pernah termimpi untuk mendapat hadiah yang bagiku mahal....samsung Galaxy Tab 10.1 dan minyak wangi kegemaran ku...Ralph Lauren....

Bila ku kenangkan semula aku tak beli apa-apa pun masa hari ulang tahun suamiku...budget tak cukup....apa-apa pun taku ucapkan terima kasih kepada suamiku yang sentiasa memahami diri ku ini...Walau pun...sekiranya dia tidak meberi hadiah seperti ni tapi aku sentiasa menyanyangi dia....

Saturday, August 6, 2011

Impianku Terlaksana....


Sekadar berkongsi cerita gembira aku...pada tahun dan saat ini impianku banyak yang terlaksana....aku selalu impikan oven besar dan dilengkapi dengan kabinet...kerana aku nie adakala rajin gak mencuba .... hehehehe....


Selain dari itu pada tahun ini hadapan dan dibelakang rumah telah diubahsuai untuk menjadikan ruang nya cantik dan selesa....Bila aku kenangkan semula aku akan tersenyum sendiri kerana anak-anak ku impikan pagar yang ada "MATA"...Mereka selalu cakap..."Kesian ibu setiap hari kena turun kereta buka pagar"....dan suami aku juga pernah berjanji pada anak-anak ku yang suamiku akan membuat pagar "BERMATA"....tak sanggka anak-anak ku menuntut janji...akhirnya alhamdulillah impian anakku terlaksana...


Pada suatu hari suamiku bertanya padaku apa perasaan dan apa yang aku impikan...aku pun meluahkan bahawa aku rasa bila dapat oven berkabinet dah lengkap rasa hidup aku dirumah ... aku tau suami dah banyak habis duit renovation rumah aku tak minta semua itu sekarang kerana dia pernah cakap budget dah habis....tapi ...tak sangka bila balik kerja...dia terus membawaku ke kedai untuk membeli oven...Pada awalnya aku ingat untuk servey ....tiba-tiba dia kata ok...jadi beli...aku termanggu- manggu tapi gembira macam kerang busuk hhehehe.... dan akhirnya terbinalah oven berkabinet seperti yang aku kehendaki...Uncle yang buat kabinet adalah pakar dan mempunyai kilang sendiri jadi aku tak risau pasal design...uncle pandai dan aku sentiasa puas hati dengan kerja uncle....


Emmm....nanti ada masa akan ku masukkan gambar kabinet kesayanganku heheheeee......dan terima kasih untuk abang yang memahami dan sentiasa cuba memenuhi impian ina....rasa terharu dan tak sangka inpianku kini menjadi kenyataan....I love u hehehe

Selamat Menyambut Ramadhan



Diam tak diam hari ini dah masuk 6 hari berpuasa....Terlalu cepat masa berlalu....rasa terlalu lama aku tak kemaskini blog ini....Semalam satu program bersama anak yatim dan anak dari keluarga susah di adakan di perkarangan rumah Ketua Menteri Melaka...sebagai rutin tahunan aku akan membawa anak-anak dengan menaiki van...tapi tahun ini...nasib baik nazar ada ..kalau tak susah gak aku kerana...kelulusan pelepasan dari bos...tak keluar-keluar sehingga aku yang bertanya...huuuuu...






Awal ramadhan yang lalu aku sempat berpuasa di rumah nenek di Singapura...Seperti pengalaman-pengalaman yang lalu berpuasa di Melaka lebih terik berbanding berpuasa di Singapura...redup dan rasa cepat je masa berlalu..






Aku berharap, ramadhan tahun ini lebih baik dari ramadhan tahun lepas buat diri aku dan keluargaku ...Amin