Friday, February 11, 2011

Tahukah Anda ?- 5 Sumber Makanan Cegah Sakit Sendi

Umur belum menjangkau 50-an lagi....tetapi sendi sudah sakit-sakit mengalahkan nenek dan datuk tua.... Kalau perlu menaiki tangga, mulalah mengeluh. Seboleh-bolehnya mahu naik dan turun mengunakan lif kerana tidak sanggup menahan sakit lutut.
Sebenarnya gejala arthritis bukan hanya boleh dicegah dengan berolahraga dan ubat-ubatan sahaja tetapi makanan tertentu boleh membantu mencegah penyakit tersebut. Memang benar, makanan tidak boleh menyembuhkan arthritis, tetapi anda perlu berusaha mengurangkan berat badan atau mengatasinya melalui perubatan. Berikut adalah senarai makanan yang patut diamalkan untuk mencegah sakit sendi.
  • STAWBERI - Kaya dengan vitamin C dan mencegah penipisan tulang rawan. Selain dari itu, buah-buahan yang banyak mengandungi Vitamin C adalah oren dan paprika merah.
  • MINYAK ZAITUN - Membantu mengurangkan peradangan di dalam badan
  • IKAN SALMON - Merupakan sumber Vitamin D dan Omega 3. Pengambilan vitamin ini adalah untuk membantu meredakan sakit pada sendi
  • TEH HIJAU - Minuman ini mengandungi zat antioksidan dan manpu melambatkan kerosakan tulang rawan pada pengidap arthritis.
  • Sayuran Hijau - Memperbanyaakn makanan sayuran hijau baik untuk sendi dan membantu meredakan peradangan.Sayuran hijau kaya dengan VItamin K, iaitu mampu mencegah osteoarthritis.

Petikan : Mingguan Wanita 7- 13 Jan 2011

Saturday, February 5, 2011

Nazar Birthday yang ke-22 tahun


Ucu Nazar dengan anak-anak buahnya Izzati, Dania dan Izzah


Ucu Nazar dengan Adam Danish


Konvokesyen Izzati Dan Izzah Peringkat Dun Serkam 2010











Konvokesyen Izzati dan Izzah peringkat Dun Serkam....emmmm dah besar anak ibu dan ayah....konvo ini tahun 2010. Masa ini Izzati 6 tahun dan Izzah 4 tahun...






Oleh kerana seronok dengan pengalaman baru ini aku telah gubahkan 2 bunga gubahan tangan. Macam anak konvo universiti rasanya hahahaha.....






Oleh kerana mereka sahaja yang ada bunga , maka bunga mereka dipinjam orang untuk bergambar hehehe...






Tahun 2011, Izzati akan memulakan alam persekolahan tahap rendah....dan Izzah akan terus bersekolah di Tabika KEMAS Pulai 2.









nordee: KAWAN BAIK MASA SEKOLAH

nordee: KAWAN BAIK MASA SEKOLAH

Friday, February 4, 2011

Oreo Cheese Cake

Yummmmm...akhirnya aku dapat membuat cake....Dah lama nak buat kek tapi rumah tak ada Oven...Bila mak cik di singapura ajar aku membuat cheese cake aku pun try...yang penting tak payah bakar...

Disini aku...sertakan resepi..OREO CHEESE CAKE..


Aku dapat resepi nie dalam Bahasa Inggeris maka...pandai-pandai sendiri ye untuk menterjemahkannya...

OREO CHEESE CAKE


BASE
4oz Butter, melted ( 125g)
225g Orep biscuits crushed
(Mix the above together and press the mixture into a cake ti, lining the base)
(Make sure the base is hard and firm)


CHEESE FILING
1 Packet cream cheese (Philidelphia chese)
1 Can Nestle thick cream
3oz Sugar ( 3 tbs)
2 tbs gelatin, dissolved in 4oz hot water

- Bleand all the above together.
- Pour into refrigerated cake base and chill in for 2 hour before serving
**(Preferably tin with a removable base for easier removal of cake later)**

Emmmmmm. sebenarnya cheese cake nie nak letak apa pun boleh...base cake nie biskut marie atau biskut Digestive pun boleh juga...

Apa-apa pun try lah senang dan sedap....bukan nak puji diri sendiri tapi kawan-kawan kat opis tu yang bagi tau kek tu sedap....

Tuesday, February 1, 2011

Video Melaka Maju 2010



Salah satu bidang tugas aku adalah menyelia bahagian teknikal...yang terdiri dari unit rakaman dan unit suntingan...PERPUSTAM selalu diberi tugas membuat rakaman kerajaan negeri dan juga membuat montaj.
Gambar diatas diambil dari Facebook Ketua Menteri Melaka pada 18 Januari 2011. Masa itu aku dan Pengarah PERPUSTAM telah menyediakan Video Melaka Maju 2010 untuk di komen oleh Ketua Menteri Melaka sebelum diedar kepada jabatan lain. Beberapa komen telah diberi dan perlu dibaiki. kami telah memperbaiki video tersebut.
Semalam...31 Januari 2011, kami telah dipanggil ke Mesyuarat MMKN tetapi mesyuarat dibatalkan kerana Melaka dilanda banjir...apa-apa pun kami bersedia untuk menunjukkan apa yang telah kami hasilkan.....